Simoi Peri added 4 new photos.
Petang ini tadi saya telah mengadakan taklimat
bersama dengan Ismawi Salleh Pegawai
Daerah Sri Aman dan SAO Lingga Mohd Elfizan
Paukan berkenaan dengan Pesta Lingga di
Pejabat Daerah Sri Aman.
Dalam perbincangan tersebut, pelbagai agenda
telah dibincangkan berhubung tapak jualan,
program/aktiviti dan sebagainya.
Mesyuarat telah memutuskan caj atau bayaran
bagi tapak Pesta Lingga sebanyak RM50
SAHAJA bagi 3 hari berlangsungnya pesta itu.
Pelbagai program/aktiviti telah disusun dan
dicadangkan bagi memeriahkan majlis itu
khusus untuk masyarakat DUN Lingga dan
sekitarnya.
Lebih menggembirakan lagi, Ketua Menteri
Sarawak CM Adenan akan menjadi tetamu
kehormat dan merasmikan Pesta Lingga 2015.
Dalam usaha memeriahkan lagi penganjuran
Pesta Lingga 2015 dalam skala yang besar,
saya telah memberikan sumbangan sebanyak
RM60,000.
Kepada masyarakat dan rakyat di DUN Lingga
dan sekitarnya, marilah sama-sama datang
bagi memeriahkan Pesta Lingga yang bermula
6 hingga 8 November ini.